Antara perkara pertama yang aku buat sebelum ke Kota Kinabalu, Sabah sebab perlu menghadiri satu conference ialah mencari hotel budget di Kota Kinabalu. Ya, cari hotel yang murah je lah, sesuai dengan budget yang diperuntukkan oleh pihak universiti.Kalau lebih dari budget, kena keluar diri sendiri pula. Hehe
. Jadi, kena lah berjimat cermat.
Cari dan cari, pilih punya pilih, jumpalah beberapa hotel yang mematuhi budget yang diperuntukkan. Tapi akhirnya aku pilih hotel yang sama dengan rakan-rakan yang lain booking, iaitu Best Western Kinabalu Daya Hotel.
Tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, aku dan 4 orang rakan lagi menaiki airport limosine keĀ Best Western Kinabalu Daya Hotel yang terletak di bandar Kota Kinabalu. Tak jauh, perjalanan dalam 20 minit je. Memandangkan kami tiba di lapangan terbang tengah malam, jadi teksi cas pun mahal sikit sebab lewat malam. Tambang limosine ni RM 60. Kalau siang, RM 30.
Ini lah bangunan hotel Best Western Kinabalu Daya.

Best Western Kinabalu Daya Hotel Sabah
Disebabkan ia terletak di bandar Kota Kinabalu, maka ada banyak hotel yang berdekatan di sini. Senang cakap, tak susah lah nak cari hotel kat Kota Kinabalu ni. Nak pi pasar Filipino pun dekat je. Boleh lah borong mutiara banyak-banyak. Kami jalan kaki je pergi ke pasar Filipino tu.
Aku stay kat superior room di tingkat 8. Ni ruang dalam biliknya. Cukup selesa dan cantik
. Kawan-kawan pula stay di Family Suite, ada 2 bilik, besar bilik tu dan murah pula tu.


Ada mini bar. Tapi seperti biasa, aku tak gunakan pun mini bar ni. Hehe..
Makan kat luar je kan.

Air minuman ada disediakan.

Tandas macam mana pula?. Ya, memang tak ketinggalan untuk snap gambar toilet sebelum toilet ni diapa-apakan. Pintu tandas diperbuat dari kayu. Nampak tradisional sikit.



Dari bilik, duduk bersandar di kepala katil sambil betulkan slide presentation, pandang ke luar tingkap, dah boleh nampak laut di seberang bangunan.

Ok, zoom sikit, pandangan laut tu. Tension-tension pening betulkan slide presentation, tengok laut,…oh… bestnya.

Di sini lah hotel aku menginap selama 4 hari 3 malan untuk berulang-alik ke conference yang diadakan di Sutera Harbour Hotel. Perjalanan dalam 10 minit sahaja untuk ke sana. Naik teksi. Kat luar hotel ni memang ada banyak teksi menunggu. Naik je lah teksi yang tersedia. 1 teksi, RM15 untuk ke Sutera Harbour.
Tapi, hari ke-2 baru kami perasan masa kat Sutera Harbour, ada perkhidmatan bas yang disediakan untuk ke Sutera Harbour. Bayar RM3 untuk perjalanan pergi dan balik. Tapi kena jalan sikit ke supermarket di seberang jalan untuk naik bas ke Sutera Harbour.
Next, cerita pasal Sutera Harbour Hotel pula. Jumpa lagi di next entri.

